apa dia aromaterapi

Apa Dia Aromaterapi Serta Sejarah Penggunaannya

Aromaterapi adalah rawatan penyembuhan yang menggunakan ekstrak tumbuhan semula jadi untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan.

Ia digunapakai sebagai pemulihan secara sampingan di samping menggunakan kaedah konvensional atau alternatif.

Aromaterapi menggunakan minyak pati aromatik secara perubatan untuk meningkatkan kesihatan tubuh, minda, dan semangat.

Ia berupaya meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi seseorang pengamalnya.

Aromaterapi dianggap sebagai seni dan sains.

Kebelakangan ini, aromaterapi telah mendapat lebih banyak pengiktirafan dalam bidang sains dan perubatan.

Sejarah Penggunaan Aromaterapi.

Manusia telah menggunakan aromaterapi selama ribuan tahun.

Aromaterapi di ketahui mempunyai banyak manafaat fizikal dan saikologi.

Mengikut sejarah, aromaterapi asalnya bermula dari Egypt atau Mesir.

Ketika itu bahan semula jadi dari tumbuh-tumbuhan ini digunakan untuk tujuan perubatan dan keagamaan.

Dalam masa yang sama budaya kuno di China, India dan juga Greek juga mula menggunakan gabungan komponen herba dan tanaman sehingga tercetusnya sistem perubatan ayurvedik di India.

Tumbuhan beraroma di gunakan secara meluas untuk menghasilakn bahan kecantikan atau kosmetik, haruman dan juga perubatan.

Di Eropah, semasa kejatuhan Empayar Rom pihak gereja menggalakkan penduduknya yang menganggap diri mereka yang melakukan dosa , supaya ‘membersihkan’ diri mereka dengan menggunakan bahan bahan yang beraroma.

apa dia aromaterapi

Tercetusnya Aromaterapi di Perancis

Pakar perubatan Perancis pada abad ke-19 mula menyedari potensi minyak pati dalam merawat penyakit.

Ia bermula dengan seorang ahli kimia Perancis yang bernama René-Maurice Gattefossé yang tidak mempercayai rawatan melalui tumbuhan.

Bagaimanapun pada tahun 1910, ahli kimia tersebut mengalami kebakaran di tangannya secara tidak sengaja.

Sewaktu kejadian, beliau yang ketika itu berada di makmal ujikaji terpaksa menggunakan minyak Lavender asli yang masih belum dicampurkan dengan sebarang minyak lain sebagai rawatan mengejut.

Hasilnya menakjubkan kerana rasa sakit akibat luka kebakaran hilang dengan begitu cepat.

Bukan itu saja tangannya yang luka terbakar itu tidak mengalami jangkitan kuman serta tiada kesan parut.

Menyedari kehebatan minyak terapi yang menyembuhkan luka terbakar tersebut menyebabkan beliau mula menjalan penyelidikan yang lebih mendalam.

Akhirnya beliau menerbitkan sebuah buku mengenai kehebatan minyak pati Lavender merawat luka terbakar pada tahun 1937.

Justeru itu pada tahun 1933 tulisan beliau mengenai potensi serta kehebatan aromaterapi kemudiannya di terbitkan pula di dalam bahasa Inggeris.

Ketika perang dunia ke 2 ( WW II ), seorang pakar bedah Perancis Jean Valnet pula menggunakan minyak aromaterapi sebagai antiseptik merawat luka tentera yang cedera ketika berperang.

Sejauh Mana Keberkesanan Aromaterapi Dalam Perubatan?

Sebenarnya tidak ada bukti kukuh dalam perubatan yang dapat mengesahkan penggunaan minyak aromaterapi boleh mencegah atau menyembuhkan penyakit.

Kajian yang dilakukan kepada pesakit kanser mendapati hasil yang bercampur dalam menurunkan kadar kegelisahan dan kemurungan.

Pada tahun 2015, kerajaan Australia menjalankan beberapa kaji selidik termasuk penggunaan aromaterapi untuk penyembuhan.

Hasil dari kaji selidik tersebut di dapati tidak ada bukti kukuh bagaimana aromaterapi berkesan dalam menyembuhkan penyakit.

Kesimpulannya walaupun keberkesanan aromaterapi secara klinikal masih belum dapat di buktikan secara saintifik, penggunaan aromaterapi dalam menambah baik tahap kesihatan serta emosi semakin mendapat tempat.

Sebagai penutup bagaimana pula dengan pendapat anda mengenai aromaterapi dalam kehidupan seharian?

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top