7-jenis-minyak-aromaterapi-cover

Jom Ketahui 7 Jenis Minyak Aromaterapi Terbaik Di Dunia

Dalam post terdahulu kita telah pun berkenalan dengan apa dia aromaterapi serta keberkesanannya.

Kali ini mari ketahui pula antara 7 jenis minyak aromaterapi yang terbaik di dunia.

Minyak aromaterapi yang terbaik sudah semestinya ia popular kerana keberkesanan serta manafaat penggunaannya.

Sebagai contoh untuk meningkatkan kecergasan melakukan tugasan sebaik bangun pagi adalah dengan menggunakan haruman beraroma lemon atau oren.

Jangan pula anda gunakan haruman aromaterapi lemon ini ketika hendak tidur kerana ia boleh menyebabkan anda makin berjaga malam.

Tanpa berlengah lagi jom kita tengok 7 jenis minyak aromaterapi yang bukan saja terbaik malah sangat popular.

7 Jenis Minyak Aromaterapi Terbaik

1. Lavender

Minyak terapi Lavender atau ‘Lavandula Angustifolia’ dalam nama saintifiknya sangat terkenal untuk menerbitkan rasa tenang dan nyaman.

Adalah di percayai Lavender berasal dari negara – negara Mediterranena dan Timur Tengah dan kini meluas di tanam di Eropah.

Lavender juga mempunyai elemen anti penuaan, penyembuhan, melegakan gigitan serangga serta masalah kulit seperti jerawat.

Ia banyak di gunakan di dalam bilik tidur lebih-lebih lagi untuk pasangan yang bekerja serta ibu-ibu yang mempunyai anak kecil.

Tidak hairanlah kalau minyak aromaterapi dari pokok Lavender ini sangat di sukai ramai.

2. Serai Wangi

Serai Wangi ( Cymbopogon Nardus ) atau biasa di sebut di dalam bahasa Inggeris sebagai Citronella.

Di katakan serai wangi ni berasal dari Sri Lanka dan melata tumbuh di negara asia yang lain seperti Indonesia, Burma dan India.

Daun Serai Wangi bila di rebus mengeluarkan bau yang sangat harum dan segar dan berwarna kekuningan.

Jika di negara barat, ia sering dikaitkan sebagai penghalau nyamuk atau serangga, anti kulat, menghilangkan panas badan akibat demam serta mengurangkan rasa stress dan kemurungan.

Bagi masyarakat melayu daun serai wangi sering di jadikan sebagai air mandian untuk ibu-ibu yang selesaikan melahirkan anak.

Bagaimanapun Serai Wangi tidak boleh di jadikan sebagai bahan masakan tidak seperti serai biasa.

3. Lemon

Seperti yang saya katakan di awal post ini, minyak aromaterapi jenis lemon memang bauan yang mengeluarkan aroma bertenaga.

Lemon berada dalam kategori buah-buah citrus dan mudah di dapati negara mediterranean.

Di katakan Lemon berasal dari India iaitu di negeri Assam tetapi juga di tanam meluas di Burma Dan China.

Di Amerika pada tahun 1943, lemon di perkenalkan untuk merawat penyakit ‘ scurvy’ ( kurang vitamin C ) yang sering di alami oleh anak kapal.

Minyak aromaterapi Lemon di ambil dari kupasan kulitnya dan dari isi atau buah tersebut.

Kajian menunjukkan penggunaan minya terapi berasakan lemon boleh menambahkan kecergasan, menghilangkan rasa nak muntah, memudahkan proses penghadaman serta mengurangkan rasa stress dan kemurungan

Jika anda rasa letih di waktu petang atau ketika balik dari bekerja, mandilah menggunakan sabun yang mempunyai bau lemon.

Anda pasti akan berasa segar dan bertenaga semula.

4. Marjoram

Majoram merupakan spesis herba yang lebih di kenali sebagai Oregano.

Tumbuhan ini banyak tumbuh di negara-negara Mediterranean, Asia barat serta Utara Afrika. Pokok ini merupakan tumbuhan renek yang rupanya seperti daun pudina atau daun nilam.

Tinggi pokok ni dalam 1 meter dan boleh di tanam di dalam pasu.

Pokok Marjoram di katakan baik mengubati masalah pencernaan, jangkitan serta mengurangkan rasa sakit wanita yang mengalami period pain.

Kalau masakan orang barat biasa kita dengar mereka letak oregano dalam pasta.

Sejujurnya saya sendiri tidak pernah melihat bagaimana rupa pokok Oregano atau Marjoram ni.

Bila tulis artikel , baru saya jenguk buku pasal tanaman herba yang saya beli 10 tahun yang lalu dan juga blog Melur yang dulu-dulu saya suka baca.

5. Pepermint

Pepermint adalah pokok daun pudina yang berada dalam famili Spearmint dan Watermint.

Ia banyak di dapati di Amerika utara dan Eropah.

Pepermint banyak di gunakan sebagai minyak aromaterapi dengan elemen yang segar dan wangi .

Di kalangan masyarakat kita, pepermint digunakan dalam masakan seperti laksa.

Masyarakat cina menggunakan daun pudina sebagai teh manakala masyarakat Eropah menjadikan daun pudina sebagai ubat batuk.

6. Sandalwood

Saya sering keliru antara pokok cendana dan juga pokok gaharu. Sandalwood dalam bahasa melayu di panggil pokok cendana manakala pokok gaharu di dalam bahasa Inggeris di panggil Agarwood.

Pokok ini banyak di dapati di negara South East Asia seperti China, India, Indonesia dan Filipina.

Minyak kayu cendana di dapati dari bahagian akar dan dalam kayu tersebut dan berwarna kekuningan.

Di kalangan pengamal perubatan , sandalwood di gunakan untuk merawat masalah kesihatan seperti pencernaan, hati, batu karang, demam serta jangkitan kuman pada kencing.

7. Ylang-Ylang

Nama pokok ni susah nak sebut. Kalau dalam bahasa melayu inilah dia pokok bunga Cempaka.

Bau dia sangat harum. Saya masih ingat ketika kecil-kecil dulu selalu lalu bawah pokok Cempaka untuk ke Pasar Besar PJ tempat aruah ayah berniaga.

Setiap kali lalu di bawah pokok ni yang banyak di tanam di tepi jalan, bunganya yang berwarna kuning banyak berselerak.

Selain dari negara kita, pokok ini juga mudah di dapati di Indonesia, Filipina, India dan juga di Australia.

Pokok bunga kenanga mempunyai elemen anti penuaan, merawat masalah jerawat dan keradangan kulit.

Masyarakat jawa menggunakan bunga kenanga kering untuk merawat demam malaria manakala pes yang segar untuk mengubati penyakit asma.

Ada banyak lagi pokok-pokok atau tumbuhan yang sangat popular dan memang banyak dijadikan sebagai minyak aromaterapi.

Contohnya seperti Orange, Bergamot ( liamu purut ), Lemongrass atau pokok serai tetapi yang sempat saya ulas hari ini adalah 7 ini sahaja.

Insyaallah lain masa saya akan sambung minyak aromaterapi yang lain pula.

Sebelum saya tutup tulisan kali ini, antara banyak-banyak jenis minyak aromaterapi, yang mana satu yang menjadi kesukaan anda?

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top